Terms and Conditions

Terms of service

TERMA DAN SYARAT

TERMA DAN SYARAT RAKAN NIAGA KARGOMIND EXPRESS

1. OBJEKTIF

    1. Untuk menjelaskan hak, tanggungjawab dan tugas sebenar Rakan Niaga
    2. Untuk memperjelaskan hubungan sedia ada di kalangan Rakan Niaga KARGOMIND EXPRESS
    3. Untuk menjelaskan hubungan sedia ada antara Syarikat dan Rakan Niaga untuk pembangunan perniagaan
    4. Untuk memupuk etika perniagaan yang baik di kalangan Rakan Niaga



DEFINISI

    “CMSB” / “Syarikat” Cargomind Sdn Bhd
    “KARGOMIND EXPRESS” Jenama perkhidmatan kurier yang ditawarkan oleh CMSB“Rakan Niaga” - Syarikat atau Entiti yang dilantik oleh CMSB untuk menguruskan Pusat Kurier /Courier Centre
    “Courier Centre” premis untuk menjalankan aktiviti kurier



3. TANGGUNGJAWAB RAKAN NIAGA

    1. Mematuhi dan menyokong seluruh peraturan yang ditetapkan oleh KARGOMIND EXPRESS
    2. Menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
    3. Mempertahankan reputasi Syarikat untuk mendapatkan kepercayaan yang paling tinggi dari pelanggan dan Rakan Niaga.
    4. Menjalankan tugas sebagai Rakan Niaga mengikut peraturan yang ditetapkan.
    5. Bersetuju dengan segala penambahan atau penghapusan di dalam kandungan
    6. Peraturan Rakan Niaga untuk memastikan operasi perniagaan berjalan dengan lancar.
    7. Menyerahkan kepada budi bicara Syarikat atau budi bicara kerajaan jika didapati melanggar peraturan-peraturan.



4. KELAYAKAN

    Tertakluk kepada peruntukan peraturan dan polisi yang ditentukan oleh CMSB dari semasa ke semasa.
    1. Sebuah syarikat atau syarikat perkongsian hendaklah digunakan untuk didaftarkan sebagai Rakan Niaga dan dimiliki 100% oleh warganegara Malaysia.
    2. Syarikat mempunyai hak untuk menolak sebarang permohonan untuk pendaftaran sebagai Rakan Niaga Syarikat tanpa memberikan sebarang alasan.
    3. Syarikat juga mempunyai hak untuk membatalkan status Rakan Niaga jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu dan mengelirukan.



5. SYARAT PENYERTAAN SEBAGAI RAKAN NIAGA:

    1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan mereka menggunakan borang yang disediakan di www.kargomind.com oleh Syarikat bersama dengan bayaran pendahuluan.
    2. Jika mana-mana maklumat yang dinyatakan dalam borang yang ditetapkan adalah palsu atau mengelirukan atau tidak betul, Syarikat berhak untuk:
    • menamatkan status Rakan Niaga atau
    • menggantung Rakan Niaga untuk tempoh masa tertentu atau
    • menahan apa-apa bonus, komisyen, faedah Rakan Niaga, jika berkaitan atau
    • mengambil apa-apa tindakan yang dianggap sesuai atau wajar oleh Syarikat
    3. Hanya syarikat yang berdaftar sebagai Rakan Niaga berhak dibayar atau menikmati bonus, komisyen, insentif dan faedah lain, jika berkaitan
    4. Rakan Niaga mesti mengekalkan hubungan yang baik dan profesional dengan pelanggan
    5. Sekiranya permohonan menjadi Rakan Niaga ditolak oleh Syarikat bayaran pendahuluan akan dikembalikan sepenuhnya oleh Syarikat.
    6. Jika pemohon yang menarik diri, tiada pemulangan bayaran pendahuluan akan dikembalikan.



6. TEMPOH PERLANTIKAN SEBAGAI RAKAN NIAGA

    1. Pelantikan sebagai Rakan Niaga dan pembaharuan berikutnya adalah selama dua puluh empat (24) bulan. Tempoh dua puluh empat (24) bulan yang disebut (sama ada perlantikan telah ditamatkan atau tidak) hendaklah dirujuk sebagai “Tempoh Pelantikan”.
    2. Pembaharuan Rakan Niaga adalah secara automatik sekiranya prestasi perniagaan memuaskan berlaku dalam tempoh 24 bulan, dan status Rakan Niaga akan dipertimbangkan semula atau ditamatkan sekiranya jika tidak sebarang jualan atau prestasi perkhidmatan merurun atau tidak memuaskan didalam tempoh tersebut
    3. CMSB berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menolak permohonan dan pembaharuan Rakan Niaga untuk apa-apa sebab, dan berhak untuk mengambil kira kelakuan Rakan Niaga dalam memutuskan sama ada untuk teruskan atau tidak untuk memperbaharui status perlantikannya atau memberi tempoh yang dianggap sesuai dengan Rakan Niaga untuk memperbaharui perlantikan
    4. Rakan Niaga yang telah ditamatkan perlantikannya tidak dibenarkan berurus niaga sebagai Rakan Niaga KARGOMIND EXPRESS.



7. PERJALANAN PERNIAGAAN

    Rakan Niaga mesti mematuhi peraturan dan Kod Etika yang dikeluarkan oleh Syarikat ketika menjalankan urusniaga.
    1. Rakan Niaga hendaklah mengemukakan pelan pembangunan jualan dan pelan perniagaan kepada pelanggan dengan cara yang jujur dan tidak boleh membuat apa-apa penerangan palsu atau mengelirukan atau mengenakan apa-apa kekerasan untuk menjual perkhidmatan Syarikat.
    2. Rakan Niaga mesti menunjukkan dan menjelaskan dengan jelas kepada pengguna dan tidak boleh membuat apa-apa akuan yang salah atau mengelirukan berkenaan dengan perkhidmatan KARGOMIND EXPRESS. Sekiranya Rakan Niaga tersebut membuat apa-apa akuan yang salah atau mengelirukan berkenaan dengan perkhidmatan, Rakan Niaga perlu bertanggungjawab untuk menanggung kerugian.
    3. Rakan Niaga adalah pengusaha bebas dan tidak boleh menuntut dirinya sebagai Rakan Niaga tunggal atau mendakwa dirinya sebagai pemegang saham Syarikat. Sehubungan itu Rakan Niaga mesti mendaftarkan perniagaannya dengan pihak berkuasa yang berkaitan. Rakan Niaga hendaklah bertanggungjawab untuk mengemukakan penyata pendapatan dan akaunnya kepada pihak berkuasa yang berkenaan dan hendaklah menanggung semua penalti cukai dan denda yang dikenakan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.
    4. Rakan Niaga hendaklah memaklumkan kepada Syarikat jika ingin menjual, membuat paparan atau mempromosikan mana-mana perkhidmatan Syarikat di kedai, pasar, pasar mini, pasar raya atau kelab-kelab kedai jabatan (swasta atau sebaliknya) dan pengedar juga perlu memaklumkan kepada Syarikat jika ingin mengiklankan produk Syarikat di akhbar, majalah, Internet atau penerbitan lain atau media elektronik atau lain-lain
    5. Rakan Niaga tidak boleh menjual atau mengedarkan mana-mana produk Syarikat pada sebarang harga atau terma selain dari yang ditetapkan dan dipersetujui oleh Syarikat dan tidak boleh memberikan insentif, diskaun, hadiah atau gimik promosi lain selain yang diluluskan oleh Syarikat. Rakan Niaga mestilah mematuhi sepenuhnya dengan harga jualan yang ditetapkan oleh Syarikat.
    6. Rakan Niaga:
    • Tidak boleh memasarkan, menjual, mengedar atau mempromosikan produk, perniagaan atau aktiviti syarikat lain kepada Rakan Niaga Syarikat atau merekrut atau menaja mana-mana Rakan Niaga untuk menyertai syarikat lain;
    • Tidak boleh menggunakan atau menjalankan sebarang aktiviti dalam mana-mana seminar, mesyuarat, program pejabat, pusat pengedaran, pusat perkhidmatan untuk mempromosikan atau menjual produk sendiri atau produk Syarikat atau orang lain;
    • Rakan Niaga tidak boleh menyebarkan kata-kata atau menerbitkan apa-apa pembohongan mengenai Syarikat atau perkhidmatan Syarikat atau menyiarkan apa-apa kenyataan atau pernyataan yang akan mungkin menjejaskan imej kepentingan atau reputasi perkhidmatan KARGOMIND EXPRESS.



8. LATIHAN DAN KURSUS

    1. Rakan Niaga digalakkan menyertai atau menghadiri kursus dan latihan yang dianjurkan atau dijalankan oleh Syarikat untuk memantapkan lagi jualan dan pengurusan perniagaan. Kursus berkenaan dengan budi bicara Syarikat mungkin dikendalikan secara percuma atau tertakluk kepada bayaran yuran / caj.
    2. Rakan Niaga digalakkan untuk sentiasa mengemaskini pembaharuan aktiviti Syarikat dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan Syarikat.



9. SEKATAN PEMBAHAGIAN HAK ATAS RAKAN NIAGA

    1. Pelantikan Rakan Niaga tidak boleh dipindah milik tanpa memaklumkan kepada Syarikat terlebih dahulu.
    2. Apa-apa permintaan oleh Rakan Niaga untuk memindahkan status Rakan Niaganya kepada pihak lain mesti disertakan sebab-sebab yang jelas dan lengkap.
    3. Syarikat hanya akan membenarkan Rakan Niaga untuk memindahkan status Rakan Niaganya kepada pihak lain dengan syarat:
    • Syarikat boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan patut.
    • Rakan Niaga tidak mempunyai tuntutan dan tindakan apapun terhadap Syarikat berkenaan dengan mana-mana perkara yang berkaitan atau apa-apa kepentingan atau manfaat yang berhak diperoleh daripadanya.



10. PEMBATALAN/PENAMATAN

    1. Syarikat boleh menamatkan pelantikan Rakan Niaga pada bila – bila masa dengan memberikan notis selama 7 hari jika:
    • Rakan Niaga melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan oleh Syarikat
    • Kelakuan dan tindakan Rakan Niaga boleh menjejaskan kepentingan, imej atau reputasi Syarikat
    • Rakan Niaga terlibat atau melakukan kesalahan jenayah. Pada pendapat Syarikat, Rakan Niaga tidak sesuai atau wajar untuk menjadi Rakan Niaga Syarikat
    • Mana-mana pernyataan atau perisytiharan dalam borang permohonan Rakan Niaga kepada Syarikat mengandungi apa-apa maklumat palsu atau mengelirukan atau tidak tepat
    • Syarikat menerima apa-apa aduan terhadap Rakan Niaga yang pada pendapat pihak Syarikat menamatkan status Rakan Niaga adalah jalan yang terbaik bagi menjaga reputasi Syarikat
    2. Apabila Rakan Niaga telah menamatkan atau membatalkan atau ditamatkan atau dibatalkan status Rakan Niaganya, Rakan Niaga tidak lagi boleh menjalankan jualan atau perniagaan yang berkaitan dengan produk Syarikat.



11. PINDAAN

    1. Syarikat berhak pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa meminda, mengubah, menambah, memadam atau menggantikan semua atau mana-mana bahagian yang terdapat dalam Peraturan Rakan Niaga atau Rancangan Pembangunan Perniagaan yang dirasakan perlu.
    2. Syarikat hendaklah menyimpan di ibu pejabatnya satu atau lebih salinan Peraturan Rakan Niaga dan Rancangan Pembangunan Perniagaan yang rasmi dan asli untuk mengelakkan sebarang pertikaian apabila berlaku pindaan, perubahan, penambahan atau pengurangan kandungan Peraturan Rakan Niaga dan Rancangan Pembangunan Perniagaan.
    3. Rakan Niaga hendaklah dianggap mempunyai pengetahuan tentang semua Peraturan Rakan Niaga dan Rancangan Pembangunan Perniagaan Syarikat yang dinyatakan dalam salinan rasmi tersebut dan Syarikat perlu memaklumkan dan memberitahu sebarang pindaan yang dilakukan kepada Rakan Niaga dalam tempoh selewatnya 7 hari. 
    5. Sekiranya Rakan Niaga tidak bersetuju atau tidak menerima pindaan yang dilakukan oleh Syarikat, Rakan Niaga boleh mengundurkan diri sebagai Rakan Niaga Syarikat dan sekiranya Rakan Niaga gagal meletak jawatan sebagai Rakan Niaga Syarikat, ia akan disifatkan bahawa Rakan Niaga telah bersetuju dan menerima pindaan yang dibuat.
    6. Dengan ini Rakan Niaga tidak boleh menuduh Syarikat menipu atau mengikat Rakan Niaga atau membuat apa-apa tuduhan kepada Syarikat setelah pindaan dipersetujui.



12. PERLINDUNGAN DATA

    1. Rakan Niaga yang sah disifatkan telah memberikan persetujuannya terhadap pengumpulan dan pemprosesan penggunaan pengumpulan data peribadinya.
    2. Pemprosesan data peribadi Rakan Niaga adalah perlu bagi maksud, antara lain, promosi dan oleh itu wajib untuk Rakan Niaga untuk membenarkan pemprosesan data peribadinya oleh Syarikat.
    3. Rakan Niaga mempunyai pilihan tidak memberikan persetujuannya terhadap pemprosesan data peribadinya oleh Syarikat dan ia dianggap bahawa Rakan Niaga telah menamatkan status perlantikannya dengan Syarikat pada waktu Rakan Niaga menarik diri atau enggan memberikan persetujuannya untuk pemprosesan data peribadinya.
    4. Syarikat tidak mengumpulkan data peribadi kecuali Rakan Niaga atau pemohon telah memberikan persetujuan kepada Syarikat memproses data peribadinya. Dalam hal ini dengan menyerahkan data peribadinya kepada Syarikat sama ada dalam bentuk permohonan atau melalui pendaftaran dalam talian atau pemberitahuan lain.
    5. Syarikat hanya akan memproses data peribadi pemohon sekiranya pemprosesan tersebut diperlukan untuk tujuan tersebut untuk menentukan kelayakannya menjadi Rakan Niaga atau Rakan Korporat Syarikat dan/atau untuk insentif dan faedah lain dan/atau mengesahkan pematuhan peraturan dan/atau memberitahu Rakan Niaga apa-apa peristiwa atau kemas kini atau kejadian lain dan / atau menghubungi Rakan Niaga atau pemohon atau untuk sebarang tujuan lain.
    6. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010: Syarikat tidak mendedahkan data Rakan Niaga atau data peribadi pemohon kepada pihak ketiga selain pendedahan kepada:
    • Rakan Korporat Syarikat
    • jika pada pendapat Syarikat penzahiran itu memberi manfaat kepada Syarikat atau Rakan Korporat Syarikat atau Rakan Niaga Syarikat atau Rakan Niaga, Rakan Niaga disifatkan telah memberikan kebenarannya untuk pendedahan maklumat sedemikian seperti yang disebut terdahulu.
    7. Syarikat akan mengambil semua langkah praktikal dan menggunakan usaha terbaik untuk melindungi Rakan Niaga atau data peribadi pemohon dari sebarang kehilangan, penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dan tidak akan menyimpan data peribadi atau rekod memproses lebih lama daripada yang diperlukan.
    8. Syarikat akan menyimpan data peribadi yang tepat dan lengkap yang diberikan oleh Rakan Niaga atau pemohon kepada Syarikat dan Rakan Niaga berhak atas permintaan bertulis untuk mempunyai akses kepada data peribadinya dan hak untuk membuat pembetulannya atau membuat aduan.



13. UMUM

    1. Sebarang notis yang dikehendaki diberikan oleh Rakan Niaga kepada Syarikat hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah diserahkan kepada Syarikat di ibu pejabatnya atau secara pengeposan.
    2. Sebarang notis yang perlu diberikan oleh Rakan Niaga kepada Syarikat boleh diberikan melalui emel Rakan Niaga yang telah didaftarkan.